Program Advokasi Dan Jangkauan Untuk Kampung Orang Asli (Kao) Negeri Sembilan

7 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Mac 2024, telah diadakan Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli (KAO) Negeri anjuran MCMC Negeri Sembilan .Program ini dijalankan di Balairaya KAO Sungai Lui.

Antara aktiviti yang dijalankan Taklimat Tatacara Aduan Internet, Taklimat Tatakelola Kualiti Liputan, Taklimat Keselamatan Siber dan Kuiz MyCybergenius oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan. Selain daripada itu, terdapat juga booth KDB yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti pendaftaran peserta, informasi mengenai Keselamatan di internet dan Pusat Sebaran Maklumat National (NaDi), Permainan Celik Rimba, wordsearch games, Roda Impian dan Puzzle KDB. Program nie melibatkan komuniti orang asli Kampung Sungai Lui.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui. Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan tuan Technologist Md Tahir bin Musa, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilain YBrs Lt. Kol Bersekutu (PA) Haji Sabarudin bin Yeop Hamza dan Puan Shahrani binti Idderis Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali